betul kah?

Planet mars telah menukar arah putaran dan menyebabkan matahari di sana terbit sebelah barat, jadi dianggarkan selepas mars, giliran bumi pula! jika itu berlaku itu adalah tanda2 kiamat sudah semakin dekat. Sebarkan pesanan ini jika anda seorang ISLAM yg mempercayai hari kiamat kepada rakan2 anda


Senyuman Boleh Mengungkap Siapa Anda

Sebuah senyuman boleh dikatakan sebagai ekspresi wajah seseorang. Mengapa? Senyuman memiliki makna yang sangat mendalam dalam hidup seseorang.

Marianne LaFrance, profesor bidang psikologi dari Universiti Yale, yang juga penulis buku Lip Service, melakukan kajian melalui biologi, antropologi, dan ilmu komputer mengenai senyuman. Dalam kajian terbarunya itu, LaFrance mengeluarkan fakta mengenai senyuman yang perlu korang tahu.

Orang yang suka senyum lebar umurnya lebih panjang


Tahun lalu, kajian menganalisa gambar dari 230 pemain bisbol yang dimuatkan di Baseball Register. Dari gambar-gambar tersebut, kelihatan rata-rata lelaki dengan senyuman lebar dan cemerlang hidup 4 - 9 tahun lebih lama daripada mereka yang hanya senyum sebentar, dan 7 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak senyum.

Sebuah senyuman menunjukkan perasaan yang positif, dan perasaan yang positif berhubungan dengan kehidupan yang sejahtera.

Senyum memancarkan suatu kekuatan yang tersembunyi

Sebagai contoh, ketika seseorang hanya senyum sebentar ( sekitar 1 - 30 saat ), orang lain akan susah menangkap senyuman tersebut. Namun bagi orang yang selalu tersenyum, dunia selalu dipandang lebih menyenangkan. Cerita yang membosankan boleh jadi lebih menarik, gambar-gambar yang neutral kelihatan lebih positif, bahkan minuman yang tawar boleh terasa manis.

Kebahagiaan terdiri atas tiga tingkatan

Sebuah artikel di British Medical Journal melaporkan bahawa cinta sejati akan datang ketika seseorang sedang bahagia, perasaannya yang positif boleh dihantar kepada orang-orang yang ada di lingkarannya melalui jejaring sosial.

Jadi ketika korang senyum, kawan dari kawan korang pun boleh ikut tersenyum.

Ada dua jenis senyuman

Senyum yang tulus dan senyum yang palsu diatur oleh dua jalur saraf yang berbeza. Oleh itu, orang dari bahagian tertentu di otaknya mengalami kerosakan pun masih dapat menampakkan senyuman spontan meskipun mereka tidak mampu tersenyum dengan kemampuannya.

Para pengkaji berpendapat bahawa nenek moyang kita mengembangkan litar saraf untuk memaksa senyuman secara evolusi. Ianya bertujuan untuk menutup rasa takut dan kemarahan mereka.

Untuk mengetahui senyuman palsu seseorang, renung matanya. Orang yang senyum iklas, otot-otot wajahnya yang disebut orbicularis oculi tanpa sengaja akan mengejut, membuatkan kulit di sekitar matanya berkerut.

Kebanyakan dari kita tidak mampu menggerakkan otot-otot ini dengan bebas. Ini bererti, ketika seseorang memalsukan senyumannya,otot-otot orbicularis oculi nya tidak akan bergerak.

Orang Amerika ketika mereka tersenyum berfokus pada gerakan mulutnya berbeza dengan orang Jepun yang mengutamakan senyumannya di bahagian mata.

 

About Me

My photo
agak tidak suka keganasan....

Popular Posts

Followers

kekuasaan.... © 2012 | Template By Jasriman Sukri